Anda mempunyai sebarang aduan/cadangan berkenaan dengan kebersihan makanan atau premis makanan?
Sila berhubung dengan Pegawai-pegawai di Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran dengan anda.
Pejabat Kesihatan Bukit Kayu Hitam terletak di dalam Daerah Kubang Pasu.Ia Merupakan salah satu Pelabuhan Darat “Land Port” di utara tanah air dan merupakan pintu masuk pengimportan makanan terbesar di Kedah.Dulunya hanya dikenali sebagai Pos Kesihatan Bukit Kayu Hitam dan dibawah pentadbiran Daerah Kubang Pasu hinggalah di beri taraf PTJ 2 pada tahun 2005.Disamping itu Pejabat telah mengorak selangkah lagi dengan menubuhkan Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan Serta Vektor Serta Unit Antarabangsa berkuatkuasa 1 Julai 2006 di Laluan Bas dan Kenderaan.
Mula beroperasi - 18 Jan 1986 dengan penempatan 1 orang IK (PPKP).
Kini pada 2008, Pejabat Kesihatan Bukit Kayu Hitam diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan U48, manakala lain-lain kakitangan terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36, seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 (13 orang), Jururawat Terlatih U29 (2 orang), Pembantu Kesihatan Awam U24 (2 orang), Pembantu Kesihatan Awam U17 (2 orang), Pembantu Tadbir (3), 2 Pemandu, 1 Pembantu Perawatan Kesihatan U3, seorang Pembantu Am Pejabat N1, dan Pekerja Am (5) , Serta Makmal Keselamatan juga dibawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Bukit Kayu Hitam,Kedah.
SUMBER BERITA: UTUSAN MELAYU ONLINE 15/05/2009 2:22pm
PUTRAJAYA 15 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu.
Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
``Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. - Utusan